Friday, July 2, 2010

TASKA YANG BERKUALITI

Berikut adalah kriteria-kriteria TASKA yang berkualiti:-
1. had bilangan kanak-kanak yang diambil seharusnya mengambil kira nisbah ruang yang sedia ada. keluasan lantai untuk setiap orang kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi. Ruang di dapur, stor, tandas, pejabat dan tempat laluan tidak boleh diambil kira.
2. nisbah pengasuh dan kanak-kanak menepati syarat berikut:-
a. 1 orang pengasuh untuk 5 orang kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah
b. 1 orang pengasuh untuk 10 orang kanak-kanak yang berumur 3 – 4 tahun ke bawah
c. 1 orang pengasuh untuk 4 orang kanak-kanak kurang upaya yang berumur 4 tahun ke bawah
3. pengasuh hendaklah berusia 18 tahun ke atas dan telah mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
4. TASKA hendaklah mempunyai menu dan aktiviti harian yang sesuai bagi setiap peringkat umur kanak-kanak. Jadual menu dan jadual aktiviti harian ini hendaklah dipamerkan di premis TASKA yang mudah dilihat.
5. mempunyai perabot dan peralatan yang sesuai, selamat dan dijaga dengan baik.
6. menyelenggara rekod-rekod setiap kanak-kanak di TASKA dengan baik dan teratur.
7. mempunyai program tahunan dan aktiviti penglibatan ibubapa.
8. premis TASKA mematuhi syarat-syarat Majlis Tempatan, peraturan kesihatan dari Jabatan Kesihatan dan peraturan keselamatan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.
9. setiap TASKA mesti mempunyai alat pemadam api, kotak pertolongan cemas dan satu susun skim bagi mengosongkan premis sekiranya berlaku kebakaran. latihan kebakaran perlu dibuat sekurang-kurannya 3 bulan sekali.
10. menyediakan kemudahan berpatutan kepada kanak-kanak seperti satu tandas bagi setiap 10 orang kanak-kanak

No comments:

Post a Comment

Komen disini... Mamaiyad sedia mendengarnya