Friday, July 2, 2010

TASKA KOMUNITI

TASKA Komuniti merupakan satu alternatif baru khas kepada ibubapa yang berpendapatan rendah untuk memenuhi keperluan penjagaan dan pengasuhan anak-anak bagi ibu-ibu yang bekerja. Taman Asuhan Kanak-kanak Komuniti adalah suatu TASKA yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian TASKA Komuniti memberi kemudahan kepada keluarga berpendapatan rendah di mana subsidi bayaran yuran diberikan oleh kerajaan.
TASKA Komuniti berkonsepkan penyertaan bersama komuniti, ibubapa, kanak-kanak, agensi kerajaan dan badan swasta dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di dalam komuniti itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Komen disini... Mamaiyad sedia mendengarnya